mcmc
Kisah KejayaanLaporan Aktiviti

Kisah Kejayaan Abdul Salam Bin Ismail (Mahir Baiki Gadjet)

NamaAbdul Salam Bin IsmailUmur27 Tahun
Emailabdulsalamismail007@gmail.comNo. Telefon010-770 0128
AlamatNo.7, Jalan Keruing 1A/1, Taman Keruing Rasa, 44200 Rasa, Hulu SelangorTahun menjadi ahli NADI23/02/2024

Latar belakang

Encik Abdul Salam Bin Ismail atau lebih mesra dipanggil Salam mula mendapat pendedahan awal mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI iaitu Mahir Baiki Gajet ketika berumur 27 tahun di NADI Taman Keruing Rasa. Beliau seorang usahawan yang menyediakan perkhidmatan pemasangan penyaman udara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Salam berminat untuk mendalami ilmu di dalam bidang baiki gajet yang lebih profesional. Beliau juga ingin membuka kedai membaiki alat elektronik pada masa akan datang.

Salam menghadiri kelas Mahir Baiki Gajet di NADI Taman Keruing Rasa. Beliau baru mengenali fungsi peralatan lalu berminat untuk mempelajari lebih mendalam lagi di sini. Salam sering hadir ke kelas Mahir Baiki Gajet yang diadakan di NADI Taman Keruing Rasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kini Salam telah mengenali fungsi dan cara menggunakan peralatan baiki gajet dengan baik. Beliau juga sering hadir ke NADI untuk mengasah lagi teknik membaiki dan juga mengikut kelas lain di NADI.