Laporan Aktiviti
Laporan Aktiviti Program Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa 2022 – Hari Bersama Komuniti PEDi Taman Keruing Rasa 2022
23 July 2022
Tarikh & Hari |
: |
3 Julai 2022 (Ahad) |
Masa |
: |
8.30 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: |
PEDi Taman Keruing Rasa |
Peserta |
: |
245 Orang |
Tujuan
|
- Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mempromosi perkhidmatan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada komuniti setempat. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan berkaitan dengan ICT dan Klik Dengan Bijak bagi tujuan meningkatkan pengetahuan serta pendedahan kepada komuniti, seterusnya melahirkan komuniti yang celik ICT. Pada masa yang sama, program ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pihak PEDi dengan komuniti setempat.
|
Aktiviti
|
- Program ini menjemput agensi-agensi yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan dan komuniti setempat. Antara agensi yang hadir ialah Hijrah Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia, TM Unifi, dan Pengurusan Air Selangor. Beberapa usahawan PEDi yang hadir untuk mempromosikan produk mereka seperti keropok dan ice-blended, kerepek bawang, home barista coffee, dan karipap frozen homemade. Antara aktiviti yang menarik ialah kelas keusahawanan, kuiz KDB, kuiz spontan, pertandingan mewarna KDB, dan cabutan bertuah.
|
Gambar Disini